Trip ini semasa cuti hari raya haji 2012, tetapi baru nak post sekarang sebab saya memang sungguh susah nak komited dalam sesuatu perkara. Baiklah tanpa membuang masa kita teruskan catatan ini.
Oleh sebab kami merupakan insan yang tiada kenderaan/ lesen UAE, maka kami mengambil keputusan untuk menaiki BIG BUS TOUR ke Abu Dhabi. Kami telah membeli tiket Abu Dhabi+ Dubai Combination dengan harga AED800++ untuk 2 orang (harga tepat dah lupa). Terdapat 11 lokasi yang menjadi tempat perhentian Big Bus Abu Dhabi.
Konsep Big Bus Tour ialah Hop on - Hop Off. Oleh itu, Bas akan berhenti di lokasi yang telah ditentukan dan penumpang boleh memilih sama ada mahu turun di lokasi itu atau kekal dalam bas. Bas seterusnya akan tiba di lokasi setiap 1 jam. Penumpang perlu pandai merancang lokasi yang hendak dilawati supaya tidak ketinggalan bas.
Bas Big Bus ke Abu Dhabi bertolak dari Dubai (Wafi Mall) pada pukul 8.30pagi. Itulah satu-satunya bas Big Bus ke Abu Dhabi. Bas yang akan membawa kami pulang ke Dubai pula adalah pada pukul 5.30petang sahaja di Marina Mall. Alhamdulillah, kami tidak ketinggalan bas ke Abu Dhabi. Ramai juga pelancong-pelancong yang menaiki bas tersebut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana pemandu bas tersebut membawa bas secara perlahan. hahahha. Agak tidak selesa kerana kerusi Big Bus agak keras.
1. Hentian yang pertama ialah Sheikh Zayed Mosque. Masjid tersebut amatlah terkenal di UAE. Sesiapa yang ke Abu Dhabi mesti datang melawat ke Masjid ini. Ramai sungguh orang pada hari tersebut. Terdapat kakitangan yang mengawal perjalanan pengunjung ke dalam masjid itu untuk mengelakkan berlakunya huru-hara.(hahahha). Bagi pengunjung yang tidak menutup aurat, mereka perlu mengenakan jubah yang disediakan pihak masjid. Hiasan dalam masjid amatlah cantik. Kami tidak sempat menunaikan solat sunat di dalam masjid tersebut kerana terpaksa mengejar Big Bus seterusnya.
2. Hentian kedua ialah Yas Island. Terdapat 2 route Big Bus daripada Sheikh Zayed Mosque. Satu bas akan ke Yas Island, Dan satu lagi bas akan ke Abu Dhabi Mall. Kami memilih untuk menaiki bas ke Yas Island kerana lebih tertarik dengan Ferrari World dan Yas Marina Circuit yang terdapat di atas pulau tersebut. Walaubagaimanapun, oleh sebab kesuntukan masa, kami tidak masuk ke dalam Ferrari World. Ferrari World merupakan taman tema yang berkonsepkan Ferrari
5. Lokasi seterusnya ialah Abu Dhabi Corniche,Central Market, Marzakiyah Park & Garden, Public Beach. Keadaan sungguh meriah kerana ramai orang berpiknik dan menghabiskan cuti Raya Haji. Keadaan lebih kurang sama dengan Dubai. Taman dan Pantai akan penuh pada hari-hari cuti. Pantai dan laut Abu Dhabi amatlah cantik, tapi saya pula lupa nak mengambil gambar. hahahahaha. Kami tidak turun di lokasi ini kerana matlamat kami adalah untuk menghabiskan masa di hentian seterusnya iaitu heritage village.
Oleh sebab kami merupakan insan yang tiada kenderaan/ lesen UAE, maka kami mengambil keputusan untuk menaiki BIG BUS TOUR ke Abu Dhabi. Kami telah membeli tiket Abu Dhabi+ Dubai Combination dengan harga AED800++ untuk 2 orang (harga tepat dah lupa). Terdapat 11 lokasi yang menjadi tempat perhentian Big Bus Abu Dhabi.
Konsep Big Bus Tour ialah Hop on - Hop Off. Oleh itu, Bas akan berhenti di lokasi yang telah ditentukan dan penumpang boleh memilih sama ada mahu turun di lokasi itu atau kekal dalam bas. Bas seterusnya akan tiba di lokasi setiap 1 jam. Penumpang perlu pandai merancang lokasi yang hendak dilawati supaya tidak ketinggalan bas.
1. Hentian yang pertama ialah Sheikh Zayed Mosque. Masjid tersebut amatlah terkenal di UAE. Sesiapa yang ke Abu Dhabi mesti datang melawat ke Masjid ini. Ramai sungguh orang pada hari tersebut. Terdapat kakitangan yang mengawal perjalanan pengunjung ke dalam masjid itu untuk mengelakkan berlakunya huru-hara.(hahahha). Bagi pengunjung yang tidak menutup aurat, mereka perlu mengenakan jubah yang disediakan pihak masjid. Hiasan dalam masjid amatlah cantik. Kami tidak sempat menunaikan solat sunat di dalam masjid tersebut kerana terpaksa mengejar Big Bus seterusnya.
Bas kami terpaksa menunggu selama setengah jam sebelum menurunkan kami di depan masjid
Pengunjung daripada pelbagai negara
Ruang utama masjid
2. Hentian kedua ialah Yas Island. Terdapat 2 route Big Bus daripada Sheikh Zayed Mosque. Satu bas akan ke Yas Island, Dan satu lagi bas akan ke Abu Dhabi Mall. Kami memilih untuk menaiki bas ke Yas Island kerana lebih tertarik dengan Ferrari World dan Yas Marina Circuit yang terdapat di atas pulau tersebut. Walaubagaimanapun, oleh sebab kesuntukan masa, kami tidak masuk ke dalam Ferrari World. Ferrari World merupakan taman tema yang berkonsepkan Ferrari
Signboard ke Yas Island
Litar lumba di Yas Marina Circuit
Grand stand di Yas Marina Circuit
Ferrari World-bumbung je
Yas Water World Theme Park.(belum dibuka semasa trip ini, baru dibuka pada 1 Jan 2013
3. Saadiyat Island. Pulau ini masih belum siap sepenuhnya semasa trip ini dibuat. Kerajaan Abu Dhabi menyasarkan pulau ini sebagai pusat kebudayaan dan keseniaan. Muzium seni juga dijangkakan akan dibuka di Pulau ini. Selain itu, terdapat restoren dan hotel mewah di sini. Walaubagaimanapun, tiada gambar yang diambil di sini. heheheh
4. Iranian market. Pasar ini berdekatan dengan pelabuhan. Terdapat pelbagai barang yang dijual di sini. Daripada periuk belanga, barang hiasan rumah dan lain-lain (dapat dilihat daripada luar). Walau bagaimanapun, kami tidak turun di lokasi ini.
Pandangan luar Iranian market
Abu Dhabi Corniche
6. Heritage Village. Sedihnya rasa hati, Heritage Village sedang dalam ubahsuai dan ditutup kepada umum. Sia-sia sahaja kami memperuntukkan masa untuk Heritage Village. Hanya dapat menangkap gambar tiang bendera di luar Heritage Village tersebut. hahah
Tiang bendera yang tertinggi di UAE
7. Marina Mall. Destinasi terakhir sebelum balik ke Dubai. Kami makan tengah hari (Biella Restaurant) dan solat jama' zuhur asar di sini, Kami mengambil kesempatan untuk menaiki Marina Tower yang terdapat di Marina Mall. Rupa-rupanya di tingkat teratas tower tersebut adalah restoran dan cafe. Kami ingat terdapat menara tinjau di tingkat teratas. Kami hanya membeli muffin dan iced latte di cake tersebut kerana sudah makan di Biella restoren
Marina mall
Ayam apa ntah-Biella Restaurant
Steak daging-Biella Restaurant
Pemandangan dari Marina Mall Tower
Pemandangan dari Marina Mall Tower
Big Bus
Setelah puas melihat pemandangan dari Tower, kami pun menunggu bas untuk pulang ke Dubai di hadapan Marina Mall. Pendek kata, trip dengan Big Bus Tour adalah sangat memenatkan. hahahahha
Comments
Post a Comment