Ultra sound

 Ultrasound ialah alat perubatan yang digunakan di hospital/klinik untuk mendapatkan imej daripada badan pesakit.

Mesin ini menggunakan konsep bunyi bagi mendapatkan imej. Bunyi di hasilkan oleh getaran bahan pizoelektrik yang terdapat di probe. Apabila elektrik dialirkan pada kristal pizoelekrik, kristal ini akan bergetar dan menghasilkan gelombang bunyi yang akan dihantar kepada tisu pesakit yang berkaitan.

Gelombang bunyi tersebut akan dipantulkan oleh tisu dan menghasilkan echo. Echo ini akan ditangkap semula oleh kristal pizoelektrik  di probe tadi dan menghasilkan getaran (mekanikal) kemudian akan ditukar kepada signal elektrik. signal elektrik ini akan melalui proses image processing kemudian imej dihantar ke skrin.  Nama lain bagi probe ialah tranducer. 

Kekuatan signal yang terhasil ialah berdasarkan gelombang bunyi yang dipantulkan oleh tisu badan. 

Bahagian tisu manusia yang berbeza akan memantulkan kekuatan gelombang bunyi yang berbeza. 

Probe merupakan bahagian yang terpenting bagi mesin ultrasound. Terdapat 3 jenis probe yang selalu digunakan iaitu:

1) linear array tranducer. Susunan pizoelektrik adalah secara linear, gelombang bunyi yang dihasilkan ialah lurus dan imej yang dihasilkan berbentuk empat segi tepat.

Contoh linear probe 


Frequency= 5–13 MHz. less penetration tak sesuai untuk in-depth imej. sesuai untuk superficial image

 Imej= 


2) Convex tranducer. Pizoelektrik disusun secara curvilinear. Image yang dihasikan juga convex

Contoh convex probe 


Frequency=3.5Mhz-6.5Mhz. Sesuai untuk indepth image. Sesuai untuk abdominal scanning

Imej= 


3)phase array tranducer - Krisatal pizoelektik disussun secara melurus atau cirvelinear. Namun begitu,  gelombang yang dihasilkan adalah secara pulse pada waktu yang berbeza (time delay).

Contoh phase array probe=



Frequency=

Imej =



Seiap jenis tranducer mempunya footprint yang berbeza, penggunaan frekuensi yang berbeza serta imej yang dihasilkan ialah berbeza.

Jenis di atas ialah probe untuk kegunaan luaran. Selain itu, terdapat juga probe yang digunakan didalam pesakit melalui rongga seperti vaginal dan rectum. Bentuk probe adalah berbeza mengikut rongga yang berkenaan.


Comments