Dubai Zoo

Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Dubai Zoo. (tarikh tak ingat bila. hahaha). Sebernarnya dekat saja dari rumah kami, tapi sebab tiada akses metro dan kami tiada kenderaan menyebabkan rancangan ke zoo Dubai selalu ditangguhkan.

Zoo Dubai terletak di kawasan Jumeirah. Kalau berjalan lebih kurang 5km daripada zoo tersebut akan sampai ke kawasan pantai. Oleh itu, terdapat notis pengunjung zoo perlu berpakaian sopan dan tidak boleh memakai beachwear.heheheh. Zoo Dubai adalah di bawah seliaan Bandaran Dubai (Dubai Municipality). Tiket adalah amat murah iaitu AED2 seorang. Kawasan zoo adalah kecil sahaja, dan semua haiwan di tempatkan di dalam kandang/sangkar.

Semasa lawatan dilakukan, zoo berbau agak busuk. Kebanyakan haiwan adalah kurus-kurus belaka, namun mereka agak aktif. Dapat kedengaran suara singa mengaum. Jarak pelawat dan kandang haiwan adalah dekat.

Keterangan di kandang zoo mengenai haiwan adalah berbeza antara bahasa arab dan bahasa inggeris. Keterangan dalam bahasa arab lebih banyak maklumat.hahahha

 barbary sheep yang banyak
 orynx yang menjadi lambang Qatar airways
Serigala
 Harimau nak tidur 
harimau bersenam
 Burung bangau kut
 Zirafah
 Landak
 Buaya yang kurus
 Singa betina berehat
singa betina
 harimau bintang 


 gorilla kesedihan
pengenalan untuk gorilla
 caracal
 rusa bintik
burung unta
 waktu melawat
 luar pintu zoo


Comments