Dubai Tour-Big Bus Tour

Maka inilah kali kedua kami bersiar-siar menggunakan Big Bus Tour dengan Big Bus Combo tiket Abu Dhabi+Dubai. Pertama kali ialah semasa trip ke Abu Dhabi ( read: trip ke Abu Dhabi).
Frekuensi Big Bus di Dubai sedikit berbeza daripada Big Bus Abu Dhabi kerana kekerapan bas di setiap perhentian ialah 30 minit sahaja. Terdapat 2 route yang berbeza iaitu Blue Route dan Red Route. Perhentian juga lebih banyak berbanding di Abu Dhabi; iaitu 19 perhentian. Penumpang boleh menukar bas route berbeza di perhentian Wafi Mall/Burjuman Mall. Sama seperti Big Bus Abu Dhabi, tiket Big Bus Tour hanya valid selama sehari sahaja. Bas beroperasi dari pukul 9.00pagi dari Deira City Centre dan berakhir 5.00pm dari Deira City Centre. (Agak memeningkan, tapi untuk langkah keselamatan, sebelum turun dari bas, anda sentiasa boleh bertanya mengenai jadual ini kepada driver bas. Map laluan bas juga akan diberikan sebelum memulakan perjalanan).

Perhentian Big Bus Dubai adalah seperti berikut:


Blue Route
1) Wafi Mall (perhentian untuk menukar bus route)
2) Burjuman Mall (perhentian untuk menukar bus route)
3) Jumeirah Mosque
4) Mercato Mall tak turun 
5) Jumeirah Beach Park tak turun 
6) Jumeirah Public Beach
7) Souq Madinat Jumeirah tak turun 
8) Atlantis on the Palm
9) Mall of the Emirates tak turun 
10) Dubai Mall tak turun 


Red Route
1) Deira City Centre tak turun 
2) Burjuman Mall (perhentian untuk menukar bus route)
3) Wafi Mall (perhentian untuk menukar bus route)
4) Creek Park tak turun 
5) Creek Walk
6) Fahidi Fort & Dubai Museum  tak turun 
7) Dubai Old Souq tak turun 
8) Sheikh Saeed Al-Maktoum House (Heritage Village & Diving Village) tak turun 
9) Gold Souq tak turun 
10) Spice Souq tak turun 
11) Abra station tak turun 



                                           
Tiket boleh dibeli on the spot di kaunter Big Bus Tour di semua perhentian (gambar: perhentian Wafi Mall)
 Tingkat atas Big Bus yang open air
 Tingkat atas Big Bus yang open air
Pintu di tingkat atas Big Bus membahagikan antara kompartment yang open air dan yang airconditioned (mind your head)


Pemegang tiket Big Bus Tour juga dapat menaiki Dhow Cruise dan tiket masuk Muzium Dubai secara percuma.

Oleh kerana masa yang terhad kami mengambil keputusan untuk tidak turun di perhentian Mall dan perhentian yang sudah pernah kami pergi. Tour kali ini agak santai dan tidak terlalu berkejar-kejar kerana kami agak familiar dengan Dubai. (Tidak perlu mengejar bas untuk pulang ke Dubai seperti semasa trip Abu Dhabi).

Perjalanan dimulakan dengan bas Blue route dari Wafi Mall. Kemudian kami menukar bas red route di Burjuman Mall (sambil singgah untuk solat dan makan)

Konklusinya, kalau nak turun di setiap perhentian memang tak sempat. hahahha. Tapi yang bestnya naik Big Bus Tour ialah basnya 2 tingkat, maka penumpang dapat menikmati permandangan Dubai yang indah dan dapat menangkap gambar yang menarik dari atas bas

*Big Bus Tour juga menyediakan tour malam dengan harga yang berlainan (Pandai betul cari duit).

cerita bersambung di entri seterusnyaaa. hahahahhaha (Aku rajin nak banyakkan entri)

Comments