Cuti Raya Haji 25 Oktober 2012- Creek Park

Setelah sebelah paginya menghabiskan masa di atas Burj Khalifa, so petang kami pergi ke Creek Park pulak. Taman tu memang cukup besar. Selain tmpat beriadah dan berpiknik, terdapat juga beberapa tempat menarik di dalamnya. Tempat-tempat menarik itu ialah Dophinarium (pertunjukkan dolphin dan anjing laut), kereta kabel, taman permainan, Children's City dan mini arked game. Pengunjung jugak dapat menaiki unta, kuda dan kuda padi di kawasan yang disediakan. Tiket masuk ke Creek Park ialah 5AED seorang dewasa.

Mulanya kami pergi beli tiket Dolphinarium. (http://www.dubaidolphinarium.ae) Harga tiket ialah 120AED utk dewasa. Oleh kerana pertunjukkan bermula pukul 3petang, kami pun berjalan-jalan di sekitar taman yang sungguh luas itu (sambil mencari tempat kereta kabel). Tempat kereta kabel itu terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki daripada tempat Dolphinarium. Malangnya, perkhidmatan kereta kabel itu ditutup untuk penyelenggaraan. Maka kami pun pergi membuang masa di taman permainan dan arked, lunch dan solat Zuhur. Walaupun cuaca agak panas bagi saya, tetapi ramai orang yang sedang berpikinik bersama-sama kawan dan keluarga.

Pertunjukan Doplhin dan Anjing Laut di Dolphinarium tu berlangsung selama sejam. Pengunjung juga boleh membeli bola yang akan di campak ke dalam kolam. Sekiranya bola anda dipilih oleh dolphin, anda akan mendapat hadiah. Selain hadiah, pemenang pertama akan di bawa menaiki bot yang ditarik oleh dolphin dan bergambar dengan dolphin secara percuma. Selain itu, terdapat juga cabutan bertuah dipilih oleh kakitangan dolphinarium daripada kotak berisi tiket-tiket pengunjung. Nampaknya kami tidak bertuah hari itu. Pertunjukan dolphin dan anjing laut itu berakhir selepas sejam.
Pada hari tersebut  Dolphinarium memang meriah dipenuhi dengan penonton daripada kanak-kanak dan dewasa.

Seterusnya kami mengunjungi children's city yang berhadapan dengan Dolphinarium. Bayaran masuk ialah 15AED. Bangunan tersebut terdiri daripada 3 tingkat dan dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya planetarium, sains asas, kebudayaan dan warisan manusia dan perpustakaan. Memang banyak barang pameran yang menarik yang boleh dicuba oleh pengunjung untuk memahami lebih lanjut mengenai perkara-perkara berkaitan sains dan sejarah manusia.   Tempat ini memang best untuk kanak-kanak. (dan patut ada di Malaysia). Kami berada di situ sampai pukul 9malam sebab terleka mencuba barang-barang pameran tersebut.

Oleh kerana teksi susah didapati di taman tersebut dan ramai orang sudah beratur di pagar untuk mendapatkan teksi, kami bercadang untuk menaiki bas dan turun ke stesen Metro berdekatan. Semasa di dalam bas, Faaiq muntah. Mungkin kerana dia terlalu penat, kurang makan dan tidak selesa dalam bas. Kesian Faaiq. Maka kami pun berhenti di perhentian seterusnya dan menyambung perjalanan dengan teksi ke rumah

Some interesting facts and figures on Children's City :
  • The total cost of  building Children's City: Dhs77 million
  • Duration of the project: Six years from 1996 to 2002
  • The total area of the City: 77,000 square meters
  • Area of galleries: 9,000 square meters
  • The City’s capacity per hour:3000 visitors
  •  Number of exhibits: 220
  • Number of touch screens: 28
  • Number of computers: 121













Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. interesting facts tu hang google ka mmg ada tulis kat situ?

    ReplyDelete

Post a Comment