Cuti Raya Haji 25 Oktober 2012- Burj Khalifa

Raya Haji tahun ini dapat cuti raya selama 4 hari (25-28 Oktober). Tapi sebenarnya, 2 hari je la cuti tambahan sebab 26Okt dan 27Okt tu mmg cuti Jumaat, Sabtu. ceh
So kami pun bercadang naik Burj Khalifa. Burj dalam bahasa arab bermaksud menara. Untuk mendapatkan harga tiket yang murah sikit, perlu booking tiket masuk Burj ni di website (http://www.burjkhalifa.ae/) dan memilih slot waktu untuk masuk ke atas Burj. Harga tiket online adalah 100AED untuk dewasa. (Jumlah bayaran termasuk caj tambahan adalah 105AED). Sekiranya beli terus di kaunter pada masa kejadian, harga tiket ialah 400AED. Slot masuk adalah setiap setengah jam. Sekiranya anda membeli tiket masuk pukul 8.30pagi, anda sudah tidak boleh masuk sekiranya anda sampai di pintu pada pukul 9pagi. 

Pintu masuk burj khalifa adalah di dalam Dubai Mall G floor. Apabila kami sampai, sudah ramai yang berbaris walaupun jam baru pukul 7.30pagi (Tiket masuk pukul 8pagi). Bagi yang membeli tiket online perlu menukar resit pembelian kepada tiket sebelum masuk. Perlu menaiki eskalator dan berjalan lebih kurang seminit untuk tiba di lif yang akan membawa kita ke observation deck. Banyak perkara-perkara menarik berkaitan Burj Khalifa sepanjang perjalanan menuju ke lif. Observation deck adalah tingkat 124. Manakala jumlah keseluruhan tingkat adalah 200++ (tidak dinyatakan jumlah sebenar).

Observation deck terbahagi kepada dua (yang berbumbung dan tidak berbumbung). Terdapat tempat jual cenderahati dan teropong digital. Bayaran teropong tersebut ialah 50AED utk 15 minit kut. hahahah. dah lupa laa.

Lepas sejam pusing-pusing kat atas, kami pun turun. Dalam perjalanan turun pun, pelbagai perkara menarik di pamerkan. Seperti model-model yang dibina sebelum pembinaan fizikal burj khalifa, gambar bagaiman pelbagai ujian dibuat dalam pembinaan Burj untuk memastikan menara ini teguh dan selamat, selain gambar-gambar pasukan yang terlibat dalam pembinaan (daripada CEO, Manager, Jurutera, Arkitek, Penasihat hinggalah kepada Supervisor, tukang cuci, tukang kayu, pakcik guard dan lain-lain). Dalam fikiran aku, pada sesiapa yang muka dia terpampang kat situ mesti rasa bangga. hahaha

                                      
                                                               perjalanan menuju ke lif 
                                      
                                                                 perjalanan menuju ke lif 
                                      
Menunjukkan observation deck yang akan dituju
          
perjalanan dalam lif
 pandangan Dubai Mall (Shopping complex terbesar) dari atas
 Di observation deck tidak berbumbung
 pandangan dari observation deck ke puncak Burj
 Oasis Tower- tempat tinggal kami (yang bertanda merah)
 budak-budak excited
 pandangan Dubai
 teropong digital? hahaha (tak tahu nama sebenar)
                                      Sijil pengiktirafan daripada Guiness Book of Record

 Model yang terpilih semasa pertandingan untuk pembinaan Burj Khalifa 
Antara model-model yang dibuat sebelum pembinaan Burj Khalifa yang sebenar 

Souvenir shop di tingkat G (Dubai Mall)

 Singgah breakfast selepas turun
Gambar hiasan. tiada kena mengena dengan Burj Khalifa 
(Dubai Mall buka 24 jam sempena Raya Aidiladha)

Comments

Post a Comment