Metro Dubai

Disebabkan aku tiada kereta dan tiada lesen di sini, maka Metro adalah pengangkutan amat penting bagi aku. Selain daripada teksi yang diperlukan untuk ke tempat yang tidak diliputi rangkaian metro atau ketika membawa barang yang terlalu banyak.
Mungkin salah satu sebab utama ialah rumah aku pun memang terletak dekat dengan stesen metro. Seminit jalan kaki je. Alhamdulillah. Kami sekeluarga belum cuba naik bas Dubai lagi

Mengikut sumber wikipedia

1) "Guinness World Records has declared Dubai Metro as the world's longest fully automated metro network spanning at 75 kilometres (47 mi)."

2) "Dubai Metro is the world's second cheapest metro transportation system after Tehran Metro in Iran"



Pada masa kini, Metro Dubai terdiri daripada 2 landasan iaitu Red Line dan Green Line.  Stesen penukaran adalah stesen Khalid bin Waled dan stesen Union.

Semua pengangkutan awam di Dubai adalah di bawah Road Transport Authority (RTA). Untuk menaiki bas, metro dan water taxi di Dubai, perlu menggunakan NOL CARD. Tiada wang diterima. NOL CARD boleh dibeli dan   boleh di top-up di mana-mana stesen Metro

beratur untuk top up NOL CARD

Metro Dubai ini mempunyai 5 koc. Koc tersebut pulak terbahagi kepada 3 kelas. Koc pertama Gold Class  (menggunakan NOL CARD dan caj tambang yang berbeza), Kedua koc Wanita dan Kanak silver) dan yang lain kelas ekonomi. Dalam Metro tersebut ada seorang operator/staff yang bertugas sentiasa untuk memastikan penumpang berada di koc mengikut kelas yang ditentukan. 

Metro beroperasi:


Ahad- Rabu 5:50pagi- 12.00tengah malam
Khamis 5:50pagi-1:00pagi
Jumaat 1:00petang-1:00pagi (mula lewat sikit)
Sabtu 5:50pagi- 12.00tengah malam 

Frekuensi adalah setiap 6 minit. Agak kerap kan. Setiap kali aku naik memang penuh la koc ekonomi tu dengan pelbagai bangsa (terutama India dan Filipina)


Terdapat 4 jenis NOLCARD
1) Gold Card : untuk koc Gold Class sahaja. Koc Gold Class yang sedikit berbanding koc yang lain.Tambang juga berbeza.
                                                    
2) Blue Card: untuk pelajar, warga emas dan OKU. Tambang murah sedikit berbanding silver card
3) Red card: bagi penumpang casual. Kad diperbuat daripada kertas. Hanya sah dalam tempoh 90 hari
 4) Silver Card: Digunakan kebanyakkan penumpang. termasuk aku. hahahaha
Sekiranya kita dari Stesen Financial Centre (Red Line) ingin ke stesen Al-Ghubaiba (Green Line), perlu menukar tren di Stesen Khalid Bin Al-Waleed. Untuk makluman, sekiranya ingin ke Muzium Dubai, boleh turun di stesen Al-Fahidi. Stesen Al-Ghubaiba berdekatan Old Souq, Gold Souk, Spice Souk, Water Taxi dan Abra (sejenis sampan untuk menyeberangi Creek).


Stesen Khalid bin Al-Waleed terdiri daripada 2 lapisan. Lapisan bawah tanah adalah Green Line. Gambar di bawah adalah di Stesen Khalid bin Al-Waleed. Selalunya penumpang di Metro Green Line tidak lah seramai penumpang di Metro Red Line.


Comments

  1. awat penumpang Metro Green Line tidak lah seramai penumpang di Metro Red Line?

    ReplyDelete
  2. aku pun xtau. maybe sebab green line kawasan dubai lama. red line kawasan baru banyak shopping complex, tmpt keje. aku agak la

    ReplyDelete

Post a Comment